Sunday, May 29, 2011

nikah KHITBAH

assalammualaikum.....
maaf klau entry kali nie seyes.....
tp tue lar hakikatnya nawaitu daku tika nie.....


dua malam lepas....daku dpt call dari en.tunangan....lewat malam dy call..... katanya rindu...tgah bual-bual,en.tunangan ada usulkan untk kawen khitbah......seyes daku terkejut....sejuk satu badan.....kenapa tetiba je kan en.tunangan ajak kawen khitbah (nikah gantung)....


daku tnya dy,nape sampai mcm nie...???
dy ckp dy tk0w...tk0wt ngn kemaksiatan dunia skg...... tk0wt utk pimpin keluarga klau2 daku dan dy terjebak dgn maksiat remaja kini.....


k0wg twu x nikah khitbah tue mcam mna....??
0key.....
daku c0retkan untk perk0ngsiaan bersama ekk.....


 “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.


Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic.
 “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.



Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah.



Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Khitbah di IPT



Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.



Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kearah maksiat dan nafsu.




Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.....



yep,itu lar yg daku dapat dari penerangan en.tunangan.....dan daku cari sendiri dari internet untk fahaman lebih lanjut.....lepas daku baca nie, daku redha klau itu kehendak en.tunangan.....daku h0rmat ilmu yg dy pelajari...ilmu yg dy tuntut utk dy,keluarga,daku dan keluarga kami nnt,insyaAllah.....
lepas je b0rak pasal nie,daku ada tanya dy......yakin ke kalau keluarga daku setuju ngn permintaan dy tue.....dy senyap.....dy ckp kita d0a bnyak2...Allah tue Adil...Dia t0long kalau kita bet0l2 perlu.....


yep,daku makin yakin......
dan daku mula fikir.....ada bet0lnye......kawen khitbah dulu kemudian kawen adat...... semua nie daku fikir2 kan, tersgat lah baik....untk elak d0sa yg kita sendiri rasa nikmat.....
tapi daku x pasti keluarga daku setuju......
ermm,agak2 k0wg 0key ke remaja skg kawen khitbah......??

25 comments:

faiz said...

baru tau ape itu kahwin khitbah...apepon pilih yg terbaik..ade baiknya kalo ade ikatan sah dlm perhubungan..

nik lan nik mat said...

waaa...bestnya dapat kawin...

nak kawin jgk la

PUTERI NATASSIA said...

wahh , tahniah . . :)
semoge semuanyer berjalan dengan lancar ye . .banyak2kan berdoa agar Allah permudahkan semua nihh . .

Unknown said...

akak pun tak tahu nak komen..tak pernah melaluinya kan..tp kalau parents adik rasa ok dan adik pun ok,tak salah rasanya

Rina Rahamat said...

sbb adik dah pun bertunang jd pd pendapat akak eloklah jika bernikah sahaja..tp kalau adik masih belajar pandai-pandailah merancang sbb bukan mudah berumahtangga ketika masih belajar apatah lagi jika punya anak..tp kalau keluarga adik nak membantu dari segi penjagaan anak oklah..

sahromnasrudin said...

zaman skrg nie mcm2 jenis nikah ada kan..yang penting ikut syariat islam udah la kan

Nurul EL-Huda said...

faiz:
tue yar...gad1s p0wn bwu taw pasal nikah khitbah....

sebel0m nie just taw pasal nikah biasa....

Nurul EL-Huda said...

nik lan:
heee,kawen2.....
0wg femes nie kena cpat2 kawen......

c(:

Nurul EL-Huda said...

puteri:
yep,insyaAllah.....
gad1s hargai.....
tQ
(=

Nurul EL-Huda said...

akak ila:
rindu akak....
ye...
gad1s cuba yg terbaik untk semua nie....
d0akan gad1s....
(=

Nurul EL-Huda said...

cik betty:
tue yar....gad1s stdy lg...susah nak agak family izin kan ke x.....

tp tue lar....klaw x kawen,maksiat menunggu....kita pulak manusia yg sentiasa alpa....

heee,tp kn akak...
teringgin nak rasa kawen kampus....
camna rasa nye ann stdy skali ngn suami....

c(:

Nurul EL-Huda said...

sahromnasrudin:
ye...
tue yar yg gad1s nak cuba wat....
(=

ILA HonEyBuNNy said...

baru ila tahu nikah khitbah neh...

erm...takoot kan bila family xsetuju..andai niat kita elok n baik..kita berdoa la agar di permudahkan segala urusan kita....amin..

red gitarputeh said...

pilih jalan y dirasakan terbaik :)

Unknown said...

ada pro n kontranya.....hope fikir sedalamnya dan mintak pendapat semua pihak termasuk keluarga... =)

ayanuts said...

sangat berguna info yg dberikan..nway nice blog

Arief Arf said...

errr tak bape paham sangat la..
tapi apa pun, buatlah keputusan yang terbaik, and bagus la dapat elakkan maksiat =)

Raji and Yeen said...

huhu ak pun nk kawen cmtu gak lah owh.. @@ dripada terus membuat maksiat tanpa disangka.. (~.~)

HanisLazimAndTheShaklee said...

1st time tawu pasal nih.tp mcm best ja...bole elak maksiat =) tp kalo putus tgh jalan cmna eh ? kena becerai kan,n msti kena naik turun mahkamah..hmmm takot jgak.

KUREKURE COMEL said...

baru mina tau....mina rasa sgt elok wat cmtu.....



zaman skrg..kalau nak kenduri kemain nak megah...moga dgn cara ini dpt mengurangkan maksiat.....

sud@is said...

kalau dah akad khitbah tak payah kawen adat pon tak pa kot.....

shameel Iskandar said...

salam alaik.
elok benar jika amalkan kahwin khitbah ni dgn niat utk mengelakkan maksiat. cadangan ini pernah dikemukakna oleh Dr Majid al-zindani, ulama terkenal dari Yaman sedikit masa dahulu.

Far8 budak baik said...

tak tahu pun sebelum ni..
tapi kawen tetap kawen..
hahaha..bila dah masa nnti..
aku nk kawen gakkk..hahaha grrr

mR.nawza said...

sokong2..sepatutnya nikah khitbah ni perlu diterangkan kat golongan remaja sekarang ni..dapat banteras gejala soSIAL skrng nih

Myez.. said...

setuju2.. knp mesti mhalang sesuatu yg disukai Allah.. Lgpun, bukankah ibubapa merestui hbgn kalian..